Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan polisi anda, anda boleh berurusan sendiri di pejabat beralamat:

Prudential BSN Takaful Berhad
Tingkat 8A, Menara Prudential,
10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur


atau menghubungi 'Customer Service' secara:

  • Telefon: 03-2053 7188 (Customer Service)
  • Emel: customer@prubsn.com.my

Proses Aduan:





Atau anda juga boleh menghubungi saya di talian 016-773 8883 untuk bantuan permasalahan berkenaan insuran/takaful anda.



“If life is a journey and not a destination, then we will have a number of different paths to travel throughout our lives. Along the way, we’ll experience blessings, challenges and changes that will change our financial priorities and needs. By the time it happened, it is too late to review the insurance or takaful plan.. Contact me to have your policies reviewed.”



Saya adalah Perunding sepenuh-masa untuk Produk PruBSN dan Prudential. Anda boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan perundingan percuma di:

  • Tel/sms: 016-773 8883
  • Email: prudentjb@yahoo.com

  • Lokasi: KL (Subang)

Coverage Area: Lembah Klang, Ipoh, Kuantan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Bahru



Antara ayat Quran dan Hadith yang menyarankan dan menyokong unsur 'bantu-membantu' sebagai amalan yang diterima dan diredhai Allah

HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”


SURAH AL-BAQARAH, ayat 240

Terjemahan:
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) - makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita.

Mari kita renungkan, apabila kita di arahkan oleh majikan untuk keluar 'outstation' selama 3 hari, seminggu, sebulan berapakah jumlah wang yang kita tinggalkan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka.

Dan bagaimanapula, jika keluar 'outstation' selama-lamanya??? ..dan jika ini berlaku semalam..

Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka?




Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...








KESILAPAN KEWANGAN UMUM


Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti "Tak Apa lah", "Nanti La Dulu", "Tunggu Lepas Kahwin la", "Kasi Anak Besar dulu", sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
  • Apakah 3 matlamat kewangan anda?
  • Bila jangka masa pencapaiannya?
  • Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.


KEBANYAKAN ibu bapa sekarang mulai sedar kepentingan mendapatkan perlindungan untuk anak-anak terutama dari aspek pendidikan. Bagi pasangan suami isteri Sharifuddin Baharudin, 34, dan Ku Marziahani Ku Mansor, 32, yang mempunyai dua cahaya mata, Nur Zulaikha, 7, dan Aimanuddin, 6, hampir setiap bulan mereka merancang kewangan dengan teratur bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.

“Kami buat akaun berapa duit yang masuk, keluar, perbelanjaan harian, simpanan, anak-anak dan untuk masa kecemasan. Lebih kurang macam kunci kira-kira,” ujar Sharifuddin.

Walaupun mempunyai dua orang anak, pasangan ini membuat perancangan awal untuk perbelanjaan pendidikan mereka pada masa depan supaya tidak timbul sebarang masalah apabila melanjutkan pelajaran ke universiti yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Ku Marziahani yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani berpendapat, insurans merupakan satu bentuk tabungan yang menyediakan banyak kemudahan terutama dari segi perlindungan. Menyimpan dengan insurans juga dapat membentuk disiplin diri dalam menabung kerana kita terpaksa menyimpannya setiap bulan dan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati.

“Kalau tidak bayar dalam empat bulan, contohnya, kemungkinan besar kita tak dapat perlindungan sekiranya sesuatu terjadi. Simpanan insurans lebih baik berbanding di bank. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pembayar atau penama, insurans akan meneruskan pembayaran setiap bulan sehinggalah polisi itu mencapai tempoh matang,” katanya yang berasal dari Kedah.

Secara tidak langsung ia dapat meringankan beban sekiranya berlaku perkara yang tidak disangka dan dapat melindungi masa depan anak-anak.

Ini kerana pendidikan menjadi agenda penting dalam pembangunan negara bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. Namun, masih ada yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan tinggi akibat kekurangan sumber kewangan.

Hakikat yang perlu diperhalusi daripada pelbagai isu yang timbul ialah sejauh manakah ibu bapa mampu merancang kewangan mereka agar anak-anak berupaya mendapat pendidikan sempurna. Untuk itu, tidak timbul soal pinjaman pendidikan yang menjadi polemik di kalangan masyarakat dan pemimpin negara.

“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Islam tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menyimpan dana sehinggalah Prof. Diraja Ungku Aziz memperkenalkan konsep Tabung Haji yang akhirnya ditubuhkan pada 1969 sebagai kemudahan tabungan untuk mengerjakan fardu haji dan institusi pelaburan bagi orang Islam. Kemudian, ia diperluaskan dengan kemunculan Bank Islam, koperasi dan sistem takaful. Insurans juga sebenarnya merupakan satu bentuk tabungan,” kata beliau.

Semakin hari masyarakat semakin sedar betapa perlunya mempunyai simpanan sebagai bekalan pada masa hadapan sekiranya berlaku tragedi yang tidak diingini atau demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti dengan penyertaan masyarakat terhadap institusi tersebut.

Peningkatan perlu ada untuk memperkukuhkan kesedaran masyarakat supaya ia berterusan dan konsisten. Perancangan kewangan yang melibatkan pendapatan isi rumah dengan memberi keutamaan kepada keperluan yang lebih penting kena diberi perhatian.

Bagaimanapun, katanya, di Malaysia, masyarakat masih kurang faham tentang kepentingan insurans terutama kesedaran mengenai perlindungan masa depan anak-anak seperti pendidikan. Banyak pihak perlu memainkan peranan agar keperluan perlindungan pendidikan menjadi satu agenda penting dalam pengurusan kekeluargaan.

“Semasa saya menjadi felo di Victoria University of Wellington, New Zealand, saya dapati terdapat pelajar yang menyambung pelajaran di sana menggunakan dana hasil penyertaan dalam skim-skim insurans tertentu yang diuruskan oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Maknanya, ibu bapa itu sedar tentang persediaan masa depan, sama ada pelajaran ataupun menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan,” ujar beliau mengenai kepentingan menabung demi pendidikan anak-anak.

PRUsenior med adalah insuran khas untuk warga emas yang memberikan perlindungan perubatan sehingga RM225,000 bagi yang berumur 55 tahun ke atas membiayai perbelanjaan pembedahan dan kemasukan ke hospital.

  • Bagaimana melahirkan kasih sayang buat orang tua kita?
  • Bagaimana agaknya mereka meniti usia tua? Apa yang mereka fikirkan?
  • Mampukah kita menanggung mereka jika apa-apa berlaku?
  • Berdayakah kita untuk menanggung perubatan mereka kalau mereka sakit nanti?

PRUsenior med adalah sebuah polisi unik yang menyediakan jumlah perlindungan perubatan yang tinggi demi menghapuskan kebimbangan anda tentang bil perubatan yang amat membebankan sekiranya anda atau ibubapa anda dimasukkan ke hospital kerana pembedahan dan penyakit utama.

PRUsenior med adalah polisi hayat bertempoh yang unik. Ia menanggung bil perubatan ibubapa anda atau anda sendiri sekiranya dimasukkan ke hospital kerana pembedahan dan penyakit utama sehingga umur 80 tahun



Ibubapa kita boleh berehat dengan tenang walaupun ditimpa sakit tetapi masih mendapat perhatian yang sempurna daripada anak-anak apatah lagi mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Anda mampu mengubahnya hari ini!

Kalau anda seorang wanita, tak sah rasanya kalau anda tidak memiliki sijil / polisi yang diberi nama PruLADY

Kalau setiap bulan, boleh membelanjakan lebih RM200 untuk kasut tumit dan make up, apa salahnya kalau sedikit daripada belanja itu kita simpan untuk masa depan anda. Sambil menabung kita melindungi daripada musibah penyakit-penyakit wanita dan musibah pada kehidupan kita sebagai isteri dan ibu pada anak-anak!

Hanya dari premium RM50 sebulan, kami menawarkan 4 plan kepada anda. Anda boleh pilih ikut kemampuan anda.
1) Plan 1 bernilai RM 25,000
2) Plan 2 bernilai RM 50,000
3) Plan 3 bernilai RM 75,000
4) Plan 4 bernilai RM 100,000

(Klik -> contoh Claim Prulady)

CONTOH:
Katakan Anda berusia 30 tahun dan anda memilih Plan 2 yang bernilai RM 50,000.

Apa yang akan anda dapat?

Manfaat bantuan TUNAI RM 50,000 di berikan sekiranya di sah kan mengidap penyakit wanita berikut:
  • Kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, ovari, uterus dan vagina/vulva
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Artritis Reumatoid (tulang)
  • Jika anda perlu menjalankan pembedahan rekonstruksi muka kerana kemangan, pemindahan kulit kerana kebakaran, pemindahan kulit kerana kanser kulit, kami akan bayar balik kos rawatan sehingga RM 50,000
  • Jika di sahkan karsinoma in situ payudara atau uteri serviks
  • Kematian pemegang polisi samada akibat penyakit atau kemalangan

Bukan itu sahaja... ada banyak lagi...

Manfaat bantuan TUNAI (RM15,000) kepada pemegang polisi, untuk:
  • komplikasi kehamilan seperti penyebaran penggumpalan intravaskular selepas hamil 7 bulan
  • kehamilan ektopik, kandungan molar
  • kematian fetus selepas 195 hari mengandung
  • kematian anak dalam tempoh 30 hari selepas lahir

Ada lagi....

Kami akan membantu anda dengan sumbangan TUNAI 30% iaitu RM15,000 utk anak yg dilahirkan jika dia mengalami:
  • kecacatan ventrikel septum
  • kecacatan atrium septum
  • sindrom down
  • spina bifida
  • tetralogi fallot
  • transposisi pembuluh utama

Anda juga berhak menerima saguhati RM1,500 iaitu 3% dari jumlah plan anda, JIKA BERLAKU:
  • Perkahwinan
  • Kelahirkan anak
  • diBerhentikan kerja
  • Perceraian
  • Kematian suami

Dan sekiranya mencarum, sehingga tempoh matang dan tidak pernah membuat tuntutan langsung, maka kesemua jumlah caruman dari mula hingga tarikh matang, akan di kembalikan kepada pemegang polisi semula!


**PruLady adalah produk konvensional
Takaful Puteri adalah produk PruBSN Takaful
Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang pelan terbaru - TakafulCash

Pelan ini memberikan fokus kepada simpanan jangka panjang.

Ciri-ciri utama pelan ini ialah

1) Memberi bonus setiap 2 tahun bermula dari akhir tahun ke-3 hinggalah tempoh matang sijil (pilihan samada 15 , 21 atau 27 tahun).

2) Apabila sijil matang, anda akan menerima 100% dari jumlah amaun perlindungan beserta bonus terkumpul, keuntungan pelaburan dan perkongsian lebihan (jika ada)

3) Menyediakan perlindungan bagi kematian dan Hilang Upaya Kekal serta menyeluruh (Total Permanent Disability atau TPD).

Manfaat Kehidupan

Merupakan manfaat yang di bayar setiap 2 tahun iaitu sebanyak 6% dari jumlah perlindungan yang anda ambil. Anda boleh menerima manfaat ini dalam bentuk cek atau melaburkannya semula dalam akaun Takaful Cash, Takafulink atau Takafulink Cerdik.




Berdasarkan gambarajah di atas,katakan:

* Anda inginkan simpanan dalam masa 15 tahun sebanyak = RM 100,000. Maka jumlah perlindungan yang perlu di ambil ialah RM100,000

* Setiap 2 tahun bermula dari tahun ke-3, anda akan menerima bonus sebanyak 6% iaitu RM6,000
* Bonus ini boleh di keluarkan atau di masukkan semula ke dalam akaun untuk di laburkan semula.
* Setelah 15 tahun, anda akan menerima RM100,000 + jumlah bonus terkumpul (jika anda tidak mengambilnya sebelum ini).
* Jika di takdirkan berlaku kematian sebelum sijil matang, 100% dari jumlah perlindungan beserta bonus terkumpul akan di bayar kepada peserta.
* Dengan kata lain, jika umur panjang...anda akan mendapat simpanan sepertimana yang anda rancangkan. Jika berlaku kematian pula waris anda pula yang akan mendapat manfaatnya.


Apa Kelebihannya?

1. Menyediakan Simpanan jangka panjang yang tetap.
2. Berbanding menyimpan di akaun simpanan atau deposit tetap (FD), pelan Takaful Cash menyediakan perlindungan kewangan jika berlaku musibah (kematian atau TPD) sebelum simpanan anda mencapai jumlah yang di inginkan.
3. Menyediakan perlindungan yang lebih tinggi melalui manfaat Takaful Term sehingga RM10 juta.
4. Mempunyai bonus setiap 2 tahun (boleh di keluarkan atau di laburkan semula untuk simpnan yang lebih tinggi).
5. Melayakkan anda menerima pengecualian cukai sebanyak RM6,000 setahun

Siapakah yang boleh menyertai pelan TakafulCash?

Pelan ini boleh di sertai oleh individu-individu yang berumur di antara 19 hingga 60 tahun. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak bagi tujuan simpanan pendidikan.
Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati pulangan simpanan hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan akan datang misalnya, mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walaubagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran tidaklah sama seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji. Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful contohnya; RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun-1 hingga tahun ke-3 agak rendah.

Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain. Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN ialah simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)

Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, perwaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

Tiada tempoh matang untuk syarat pengeluaran wang simpanan. Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.


**Nota: Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.


Antara contoh pengeluaran wang simpanan PruBSN:

1. Pengeluaran wang simpanan RM3,000




2. Pengeluaran wang 'surrender policy'



Anda mempunyai 15 hari percuma untuk meneliti kontrak terma dan syarat yang terkandung di dalam buku polisi PruBSN sama ada ianya memenuhi keperluan anda sekeluarga. Jika anda tidak berpuas-hati, maka anda boleh kembalikan buku polisi tersebut dalam masa 15 hari penyerahan dan premium akan dipulangkan semula.

Borang cadangan proposal yang menunjukkan terma 15 hari percuma



Berikut di bawah adalah contoh "Refund Premium":-


Peserta Takafulink juga boleh layak mendapat perlepasan cukai pendapatan untuk premium yang di bayar setiap tahun. Iaitu RM6,000 untuk Insuran persendirian dan RM3,000 untuk insuran pendidikan setiap tahun.





Setiap peserta akan di berikan penyata Takafulink setiap tahun untuk mendapat perlepasan cukai pendapatan ini.
Apabila anda mendaftar polisi dengan Prudential BSN Takaful, anda akan menerima:
  • Buku Polisi - sebagai rujukan peribadi menerangkan jenis-jenis manfaat perlindungan yang anda akan nikmati bersama terma dan syarat perlindungan
  • Medical Card - untuk membantu urusan kemasukan menerima rawatan di hospital panel swasta
  • Senarai Hospital Panel Prudential BSN Takaful

Pastikan ejen anda mengingatkan segala manfaat-manfaat perlindungan setiap 6 bulan sekali.
Sebaik sahaja polisi Takafulink anda lulus, maka bermulalah perlindungan anda mengikut tempoh menunggu di bawah:

[Click image for better view]


Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pilihan pelan perlindungan yang sesuai, berjumpa dan berbincanglah dengan pakar perunding Insuran/Takaful anda untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan manfaat-manfaat produk insuran tersebut. Pastikan anda fahami terma dan syarat tentang perlindungan yang bakal anda perolehi.

Proses Pendaftaran:
  1. Berjumpa dengan ejen berdaftar Prudential/Prudential BSN Takaful dan kenali perlindungan yang anda mahu mengikut keperluan dan 'budget' anda. Dapatkan 'business card' mereka.
  2. Bersetuju-puas hati dan fahami kertas cadangan pelan perlindungan yang di usulkan oleh ejen tersebut.
  3. Tandatangani borang pendaftaran Takafulink. Antara maklumat yang di perlukan: butir-butir peribadi, pewaris dan status kesihatan terkini.
  4. Bayar tunai caruman premium pertama mengikut persetujuan yang di perolehi (kecuali pembayaran melalui kad kredit).
  5. Sentiasa 'follow-up' dengan ejen anda untuk mendapatkan buku polisi, kad perubatan dan resit terkini.
  6. Perlindungan anda bermula sebaik sahaja permohonan polisi anda di luluskan (sila rujuk 'kuat-kuasa perlindungan'). (Kebiasaannya buku polisi dan kad perubatan akan siap dalam masa sebulan daripada tarikh polisi Takafulink lulus) , [klik pic for better view]
  7. Pastikan ejen anda menghantar sendiri ke tangan anda buku polisi tersebut dan memberi keterangan segala manfaat berkaitan yang anda persetujui dahulu.
  8. '2 Weeks Free Look Period': Baca dan fahami sekali lagi segala manfaat-manfaat yang terkandung di dalam buku polisi tersebut, dan jika anda tidak berpuas-hati dengan terma dan syarat perlindungan, anda boleh memulangkan semula buku polisi Takafulink tersebut dalam masa 2 minggu tarikh buku polisi di keluarkan dan anda layak menerima semula caruman pertama.


Hubungi saya: 017-280 5553 untuk sebarang pertanyaan mengenai produk ini.
Untuk membuat caruman premium Takafulink PruBSN, anda boleh lakukan melalui salah satu daripada kaedah-kaedah seperti di bawah:
(Pembayaran caruman premium pertama semasa mendaftar borang permohonan polisi Takafulink, hendaklah dibuat secara tunai (kecuali memilih pembayaran melalui kad kredit).)

Pembayaran Caruman boleh di lakukan secara:

1. KAD KREDIT
  • Visa
  • Master Card








2. POTONGAN BANK
  • BSN (sertakan salinan muka depan buku BSN)
  • CIMB (perlukan pengesahan CIMB cawangan akaun)
  • Maybank
  • dan pelbagai bank
(potongan bank biasanya bermula selepas lebih 3 bulan permohonan, sila pastikan anda membayar secara tunai terlebih dahulu untuk mengelakkan polisi anda tertunggak)

3. TUNAI / CEK (atas nama: Prudential BSN Takaful Bhd)
  • Kaunter BSN
  • Kaunter PruBSN
  • Kaunter Prudential

4. INTERNET ONLINE:

  • www.maybank2u.com.my


















5. ATM:

  • BSN













6. POTONGAN BIRO ANGKASA (untuk kakitangan kerajaan)

(bayaran tunai hendaklah dilakukan secara bulanan terlebih dahulu sehingga pemotongan Angkasa)















**Nota tambahan:
  • Sila pastikan anda mempunyai nombor sijil polisi yang boleh diperolehi dari kad perubatan tersebut apabila ingin membuat pembayaran.
  • Setelah membuat pembayaran caruman premium, sila pastikan anda simpan resit untuk rujukan.

Contoh Resit Pembayaran:






























Caruman premium boleh di lakukan secara:

  • Tahunan
  • 6 bulan
  • 3 bulan
  • Bulanan
Caruman minima premium bermula dari RM100 per month untuk semua manfaat Takafulink PruBSN. Umur kelayakan memohon: 2 minggu hingga 55 tahun.

Berikut adalah contoh quotation beserta manfaatnya:

1) Takafulink anak dengan premium RM150 per month [klik pic untuk zoom in] - Takafulink Cerdik for Education Plan






2) Takafulink dewasa dengan premium RM200 per month [klik pic untuk zoom in]


**Nota: Untuk anda nmendapatkan Quotation premium berserta manfaat mengikut budget kemampuan, sila isi butir peribadi di dalam kotak yang disediakan (ruangan sebelah kiri) atau hubungi saya di talian 017-280 5553 / 016-773 8883
untuk temujanji penerangan percuma.




Selain bil perubatan akibat penyakit kritikal di bayarkan melalui Medical Card PruBSN, peserta juga akan menerima pampasan 36 penyakit kritikal untuk kegunaan peribadi sara diri.



Manfaat 36 Penyakit Kritikal: memberi wang pampasan kepada anda untuk dana sara-hidup untuk tujuan peribadi.Sejumlah wang contohnya RM30,000 ke atas (mengikut jumlah yang anda ambil) akan diberikan kepada anda jika didapati terkena salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal/lumpuh.
Manakala manfaat Penyumbang-bayar pula, anda tidak lagi perlu membayar caruman premium bulanan, pihak PruBSN yang akan membayar semua caruman premium anda sehingga peserta berumur 80 tahun.

Berikut di bawah ialah senarai 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential BSN Takaful yang membolehkan pemegang polisi mendapat *manfaat 36 penyakit kritikal dan *manfaat penyumbang-bayar.

1.Serangan Penyakit Jantung

2.Penyakit Koronari Arteri Yang Memerlukan Pembedahan

3.Strok

4.Kanser

5.Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)

6.Penyakit Lumpuh/Paraplegia

7.Pemindahan Organ Utama

8.Sklerosis Pelbagai / Berbilang

9.Hepatitis Virus Fulminan

10.Hipertensi Arteri Pulmonari Utama

11.Koma

12.Buta

13.Penggantian Injap Jantung

14. Pembedahan Aorta

15.Penyakit Alzheimer

16.Hilang Pendengaran / Pekak

17.Hilang Kebolehan Bertutur (Bisu)

18. Kebakaran Parah

19.Penyakit Membawa Maut

20.Aids Akibat Transfusi Darah

21.Penyakit Motor Neuron

22. Penyakit Parkinson

23.Penyakit Hati Yang Kronik

24.Penyakit Peparu Yang Kronik

25.Anemia Aplastik

26.Distrofi Otot

27.Poliomielitis

28.Meningitis Bakteria

29.Tumor Otak Benigna

30.Ensefalitis

31.Full Blown Aids

32.Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius

33.Pembedahan Otak

34.Sindrom Apalik

35.Trauma Kepala Utama

36.Kehilangan Tangan Atau Kaki


NOTA: Penerangan ini dibuat secara ringkas dan maklumat tepat memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.
"Ko-Insuran" atau "Ko-Takaful" adalah bermaksud 'Pengkongsian Kerugian' bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis 'co-takaful' atau 'co-payment insurance'. Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment'. Walaubagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-insuran yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.

Di PruBSN pula, bagi penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.

Ringkasan: RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)


Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
  • Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
  • 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
  • Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.


2- Kes 2 : KEMALANGAN
  • Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
  • 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
  • Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

3- Kes 3 :
DEMAM PANAS
  • Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
  • 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM2,500
  • Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

**Nota: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital yang tinggi kepada peserta sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut.
Berikut adalah contoh Claim Insuran Wanita 'PruLady':-

(sila klik image untuk zoom besar)

1. Manfaat Perkahwinan

























































2. Manfaat Kelahiran Anak

























































3. Manfaat Keguguran Anak
























Untuk tuntutan Claim M.C (Cuti Sakit) akibat kemalangan, jika di beri cuti sakit oleh doktor akibat kecederaan, peserta layak menerima elaun cuti sakit, seperti contoh tuntutan di bawah:


Claim Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan di langgar 'Mat Rempit'















Berikut pula adalah Claim Klinik untuk kecederaan kecil. Peserta boleh membuat tuntutan claim daripada mana-mana klinik swasta untuk mendapatkan rawatan 'percuma' untuk jenis kecederaan.

Tuntutan ini tidak menjejaskan sebarang nilai dalam Medical Card atau simpanan. Setiap kali kecederaan, peserta layak menuntut sehingga RM2,000. Hanya sertakan bil perubatan yang disahkan oleh doktor dan ringkasan pada resit keterangan jenis rawatan yang diterima.

Contoh Claim Klinik akibat di sengat tebuan:
[klik image untuk zoom in]








Contoh Klinik Claim akibat kecederaan di mata masuk habuk








About